Sebelum anda membuat sebarang tempahan, sila ikuti peraturan-peraturan berikut:
1. Anda perlu menghantar pesanan melalui email liayu.craft@gmail.com .Pastikan butir-butir yang dikehendaki diisi dengan betul. Kesilapan alamat e-mel tidak akan di'reply' dari pihak saya. Segala perbincangan mengenai item boleh dilakukan selepas pihak kami memberi respons.
2. Segala urusan pengeposan hanya akan dilakukan pada hari Isnin sehingga Jumaat kecuali pada cuti umum.
3. Anda perlu membuat pembayaran dalam masa 3 hari selepas tempahan dilakukan. Selepas dari 3 hari, tempahan anda terpaksa kami abaikan.
4. Segala bentuk design yang anda pilih bukanlah hak cipta terpelihara kerana anda hanya membayar untuk item tempahan sahaja bukannya idea tempahan.
5. Harga untuk setiap tempahan adalah berbeza mengikut saiz dan design.
Segala peraturan-peraturan di atas adalah untuk memudahkan pihak kami melakukan tempahan anda agar tidak berlaku kesilapan. Harap maklum